ARTIKEL BARU

PARTI TAJAAN BRITISH TERUS BERKUASA!



Mahathma Ghandi - menubuhkan parti Kongres India yang tidak berasaskan perkauman!

Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC adalah parti politik yang diilham kerajaan penjajah Inggeris. Parti-parti itu ditubuhkan berasaskan kaum. UMNO untuk kaum Melayu, MCA untuk kaum Tionghua dan MIC kaum India.

Di Britian parti politik berasakan falsafah perjuangan. Sebagai contoh Labor Party, Conservative Party dan Liberal Democrat.

Parti politik yang berasaskan kaum atau kelompok akan diharamkan. Sebagai contoh Sebuah pertubuhan yang dipanggil Irish Republican Broterhood pada 1867 yang menuntut kemerdekaan untuk keseluruhan pulau Ireland telah diharamkan.

Pertubuhan itu akhirnya menjadi gerakan bawah tanah yang dikenali sebagai Irish Republican Army (IRA).

Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat desakan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan di Asia dan Afrika. Britian pada mulanya hanya bercadang memberi taraf kerajaan sendiri bukan kemerdekaan penuh kepada Malaya.

Atas alasan itu pegawai-pegawai British mencadangkan parti-parti politik yang berasaskan kaum dengan harapan Britian boleh terus berkuasa dan boleh mengawal parti-parti politik itu selaras dengan dasar ‘divide and rule’.

Parti-parti politik yang benar-benar menuntut kemerdekaan seperti KMM diharamkan. Begitu juga gerakan kemerdekaan lain akan dipatahkan dan menangkap pemimpin-pemimpinnya.

Sebaliknya pemimpin UMNO, MCA dan MIC dilayan dengan baik dan istimewa daripada pemerintah penjajah Inggeris.

Layanan istimewa yang diberikan British itu mendorong majlis professor membuat rumusan negara kita tidak pernah dijajah tetapi hanya dilindungi Britian.

Pada hari ini, rakyat Malaysia hanya dapat membuat perbandingan antara pemerintahan penjajah British dan kerajaan yang diterajui parti-parti politik tajaan British!



0 Response to "PARTI TAJAAN BRITISH TERUS BERKUASA!"